BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengenalan

Asrama Teknik Tuanku Jaafar merupakan sebuah tempat yang menempatkan pelajar-pelajar sekolah Teknik Tuanku Jaafar yang tinggal luar dari daerah Seremban. Asrama ini terdiri daripada dua bahagian iaitu asrama lelaki (ASPURA) dan asrama perempuan (ASPURI). Terdapat 4 blok bagi aspura manakala 2 blok aspuri. Pihak pengurusan asrama juga menyediakan kemudahan seperti bilik mandi, tandas, bilik membasuh, bilik menggosok, mesin basuh, kolah mandi, bilik belajar, bilik tv, 'water cooler', ampaian, dan surau bagi pelajar yang beragama Islam. Bilangan pelajar yang tinggal di asrama pada tahun 2009 adalah berjumlah 570 orang pelajar. 304 orang pelajar lelaki manakala 266 orang pelajar perempuan.

Misi & Visi

Misi


Misi asrama adalah untuk menyediakan suatu perkhidmatan yang menyeluruh terhadap pembangunan asrama meliputi aspek pengurusan fizikal yang terancang dan teratur, pengurusan makanan bermasak yang berkualiti, pembangunan sahsiah pelajar yang menekankan ke arah keseimbangan emosi, rohani dan intelek serta menghasilkan satu pasukan pengurusan sumber manusia yang komited terhadap tanggungjawab dan amanah.


Visi

Asrama adalah suatu entiti yang berorientasikan tindakan, proaktif dan sebagai satu pasukan bersama-sama dengan pengurusan asrama di peringkat sekolah serta sentiasa mengamalkan konsep mesra pelanggan dalam menangani segala permasalahan ke arah kecemerlangan pelajar dan pentadbiran asrama.

Objektif Asrama


Pelajar berasa selamat dan selesa serta sedia untuk bekerjasama. Sentiasa berusaha untuk kejayaan dan menghargai kemudahan yang ada serta bersemangat setiakawan .

Moto Asrama

Organisasi Asrama

Pengetua
Tuan Haji Arshad bin Haji Md.Yusof

PK 1
En. Wong Chan Mau

PK HEM
Puan Hajjah Siti Zabidah bt Mohd Dusa

PK KOKO
En. Mohd Zain

PENYELIA ASRAMA
En. Zoljesli b. Ujang
Pn. Hasnah Zaitun bt Mansur

KETUA WARDEN
Ustaz Ya'akub bin Ismail

WARDEN-WARDEN
Ustazah Fauziah bt Jani
En. Mohd Husni b. Mohd Yusof
En. Iskandar Abd Ghani
En. Zoljesli b. Ujang
Pn. Ernieza bt Tulisman
Cik Jenny Wee Swee Lian
Pn. Siti Zuraidah

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR


Kemudahan di asrama








Dewan Makan Asrama.

Terdapat 5 buah bilik mandi di aspuri manakala 10 bilik mandi bagi aspura.
Terdapat 15 dorm bagi blok aspuri manakala 20 dorm bagi blok aspura. Setiap dorm mempunyai penghuni seramai 18 hingga 20 orang pelajar.


Jadual harian

Jadual Harian

Isnin - Jumaat :-


5.45 am : Bangun pagi / kemas diri / solat subuh
6.45 am : Minum pagi & pergi sekolah
2.30 pm : Makan tengahari & solat zohor
3.15 pm : Prep petang & aktiviti pembelajaran
4.30 pm : Solat asar
5.15 pm : Riadhah
6.30 pm : Makan malam/ kemas diri/solat maghrib
8.00 pm : Tuisyen / Prep malam
10.30 pm : Minum malam / Solat isya' / persediaan ke sekolah
11.30 pm : Lights-off


Sabtu & Ahad :-


5.45 am : Bangun pagi / kemas diri /solat subuh
6.45 am : Minum pagi & Riadhah / belajar
12.30 pm : Makan tengahari / solat zohor
2.00 pm : outing
4.30 pm : Minum petang / solat Asar
5.15 pm : Makan malam / kemas diri / solat maghrib
8.00 pm : tuisyen / prep malam
10.30 pm : Minum malam / bersiap
11.30 pm : Lights-off



Program-program asrama

Pelbagai program telah dijalankan di asrama bagi memastikan hal-hal di asrama diurus dengan baik dan teratur. Antaranya ialah :

  • Gotong-royong
  • Mesyuarat
  • membersihkan kawasan asrama
  • Pemantauan kawasan asrama oleh pihak warden
  • Pertandingan keceriaan antara dorm
  • Pertandingan bola jaring antara dorm
  • Pertandingan futsal antara dorm
  • Pertandingan badminton antara dorm
  • Ceramah agama
  • Qiammullail
  • Majlis makan beradab