BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pengenalan

Asrama Teknik Tuanku Jaafar merupakan sebuah tempat yang menempatkan pelajar-pelajar sekolah Teknik Tuanku Jaafar yang tinggal luar dari daerah Seremban. Asrama ini terdiri daripada dua bahagian iaitu asrama lelaki (ASPURA) dan asrama perempuan (ASPURI). Terdapat 4 blok bagi aspura manakala 2 blok aspuri. Pihak pengurusan asrama juga menyediakan kemudahan seperti bilik mandi, tandas, bilik membasuh, bilik menggosok, mesin basuh, kolah mandi, bilik belajar, bilik tv, 'water cooler', ampaian, dan surau bagi pelajar yang beragama Islam. Bilangan pelajar yang tinggal di asrama pada tahun 2009 adalah berjumlah 570 orang pelajar. 304 orang pelajar lelaki manakala 266 orang pelajar perempuan.

0 comments: